Microsoft Powerpoint dan Advokasi KDB

2 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 1 November 2020, Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas latihan menaip menggunakan Microsoft Powerpoint. Kelas ini telah dihadiri oleh 4 orang peserta sekolah rendah. Objektif utama kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran menaip para peserta. Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan fungsi-fungsi asas Microsoft Powerpoint seperti menukar jenis tulisan, pemilihan design slide, menukar saiz tulisan, menggunakan fungsi bold, italic dan underline, dan pelbagai fungsi menarik lain.

Para peserta juga dibimbing untuk mencari maklumat menggunakan Google. Disamping itu juga, semasa para peserta membuat tugasan menaip yang diberi, pengajar telah memberi sedikit perkongsian mengenai kempen klik dengan bijak dan memberi kesedaran mengenai bahaya dan ancaman semasa berinteraksi di atas talian /internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali